Thursday, 5 January 2012

Ragam Manusia Berfacebook..

Memang tidak dinafikan pada masa sekarang “facebook” sangat popular dalam kalangan masyarakat serata dunia. Orang kata, siapa yang tak ada facebook, orang tersebut tidak moden dan ketinggalan zaman. Betuk ke..?
 
haruslah..hehe..
Umat Islam juga tidak ketinggalan dalam arus moden ini, kebanyakannya sudah memiliki akaun facebook tak kira lelaki atau perempuan, muda atau tua, kaya atau miskin. Namun sungguh menyedihkan apabila ramai umat Islam sekarang tidak menggunakan laman sosial tersebut dengan sebaik-baiknya. Lelaki dengan kata-katanya yang kesat dan perempuan pula dengan gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat terpapar didada-dada facebook tidak kira masa. Tidak malukah mereka dengan Allah..? Ada jg segenlintir manusia dekat luar tak pernah pun bertegur sapa, pandang pun tidak sama sekali tetapi di dalam facebook macam dah kenal 10 tahun dah.. mana tidaknya, komen sana komen sini, like sana like sini, chating sana chating sini… tidak rasa berdosa atau bersalah ker dengan diri sendiri, dengan Allah?..dan tidak rasa ker diri sendiri tu seorang yang hipokrit..


Ramai juga yg cakap, facebook adalah  tempat untuk menonjolkan diri, selain m'jadi tempat utk "mempopularkan" diri. Semua perkara hendak diberitahu. Benda yg blh mengaibkan diri sendiri pun nak juga dipostkan dalam facebook.. Ada sesetengah orang pula di alam realiti dia seorang yang menjaga ikhtilat, tidak pernah bertegur sapa dengan berlainan jantina tanpa ada urusan tertentu. Namun di alam maya, sikap tersebut telah hilang dengan begitu sahaja. Begitu senang bergurau senda, chatting secara terlampau tanpa ada urusan telah menjadi trend masa kini bahkan telah menular kepada pelajar-pelajar agama yg sememangnya sudah tahu perkara itu salah. Ya Allah..semoga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka..Sesungguhnya banyak fitnah berleluasa akan berlaku..

Oleh hal yang demikian, Islam mensyariatkan agar umat islam menggunakan teknologi yang ada dengan bermanfaat serta dapat mengembangkan agama Islam. Walaupun hanya di alam maya, namun ikhtilat lelaki dan perempuan haruslah dijaga. Ini juga dikira satu dosa yang akan membawa fitnah dan akan merosakkan umat Islam. Bukannya tidak boleh berchatting atau bergurau senda di alam maya seperti facebook dengan berlainan jantina tetapi mestilah mempunyai tujuan atau urusan tertentu. Menurut Puan Fatimah Syarha, apa yang dikatakan dengan urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.
 


Dengan itu katakanlah tidak kepada pergaulan bebas di alam maya. Walaupun kesannya tidak dapat dilihat, tetapi ia memberi kesan yang amat mendalam kepada hati. Setiap apa yang kita lakukan akan memberi kesan kepada kita apabila kita mati..kadang-kadang perkara ni kita tak pernah terfikir kan. Macam tu lah juga dengan penulisan kita, akan menjadi saksi bila kita mati nanti. Kalau kita buruk-burukkan orang lain di facebook, di blog, di twitter dan lain-lain..kita tak sempat padam dan tak mintak maaf kepada orang yang kita sakiti, bagaimana...?? Berdosa kita..sama la juga kalau kita memfitnah orang lain dan sebarkan di facebook, blog dan sebagainya.


Kalau hendak membincangkan perkara ini memang sgt panjang dan mengambil masa. Jadi, apa kata, sekarang bersama-samalah kita senantiasa muhasabah diri, pelihara diri dan maruah, pelihara pergaulan, pelihara hati, dan juga pelihara iman dan takwa kita agar kita selalu dekat dgn pencipta kita Allah SWT.. InsyaAllah…

p/s:katakanlah tidak kepada pergaulan bebas di alam maya!!!

No comments:

Post a Comment