"Boleh pinjam seratus tak?lupa la
"nak bawa duit...nanti aku bayar balik ekkk..."
Itulah ayat yang biasa digunakan apabila seseorang hendak meminjam wang. Mudah dan ringkas je kan ayat dia.
Sebenarnya agama Islam tidak pernah pun melarang umatnya berhutang apabila mengalami kesusahan atau kesulitan, malah Islam amat menyarankan umatnya agar sentiasa membantu mereka yg kesusahan selagi termampu. Rasaya hampir setiap manusia akan mengalami proses ini iaitu "berhutang". Namun mungkin faktor yang membezakannya seperti disebabkan kerana mengalami kesusahan, ataupun berkehendakkan sesuatu dengan cepat dan pantas tanpa menyedari hahikatnya ia diluar keupayaannya..Kalau kita perhatikan, amalan berhutang ni sudah menjadi budaya bagi masyarakat tidak kira dari golongan kaya ataupun miskin.Yang miskin tak hairanlah, tapi yg kaya pun ada jg amalkan amalan ni, padahal duit ade je bertimbun2...entah la kenapa..ermm mungkin dah jadi tabiat mereka kot..
Namun apa yang menjadi masalahnya sekarang, ramai yang pandai meminjam tetapi tidak pandai memulangkan. Lagi payah jika kuantiti yang dipinjam dalam jumlah yang sedikit contohnya RM1. Ada sesetengah manusia, dia menganggap duit RM1 tu tak bernilai pun dan ambil jalan mudah dengan tidak membayar balik selagi tuan empunya tidak meminta. Bagaimana pula kalau pinjaman tu dalam jumlah yang besar, contohnya RM100(kira banyak la tu..)?..ermm biasanya dalam kes ni peminjam akan meminta suatu tempoh untuk membayar balik dengan alasan tidak cukup duit atau sebagainya. Bukan sampai setakat tu saja, disebabkan tempoh yg diminta terlalu lama, maka perjanjian untuk membayar balik hutang sudah dilupakan dan mungkin ada sesetengahnya buat-buat lupa selain cuba mengelak untuk bertemu dengan si pemuitang. Situasi ini mungkin pernah terjadi dalam hidup kita ataupun bakal kita tempuhi kelak. oleh itu, berhati-hatilah anda..
Memang kita nampak perkara ni agak remeh, biasanya perkara remeh ni la boleh menyebabkan orang pandang endah tak endah je tapi sebenarnya boleh bagi kesan yang besar.persolannya di sini adalah setiap hutang wajib dibayar. Walaupun dalam jumlah yang sedikit tetapi hutang tetap hutang, dan setiap hutang nak tak nak wajib dibayar. Banyak hadis yang membicarakan tentang perihal ini, antaranya:
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.”
Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Dan barang siapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati maka Allah akan bertanya di hari kiamat: Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku? Maka dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan pada orang yang berhutang.”
Berhutang memang senang, tapi nak membayar sangat memeritkan bagi segelintir manusia. Dan kita tidak boleh ambil enteng perkara ini kerana ia berhubung kait dengan hubungan sesama manusia di dunia ini. Amalan "suka berhutang tapi tak nak bayar" akan memberi kesan kepada kita suatu masa nanti samada di dunia atau di akhirat. Antara kesan amalan berhutang:
- Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam kancah resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.
- Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meninggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup. Sabda Rasulullah S.A.W :-Maksudnya :"Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya "
- Mereka yang berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan yang dilakukan, ia tidak akan selamat di dunia dan di akhirat sekalipun dia mati syahid.
Ok, itu adalah antara kesan-kesan atau akibat jika tidak mahu membayar hutang. Tidak ada rasa takutkah kita??..Di dalam Islam apabila seseorang itu berhutang, maka ia wajiblah membayarnya semula dengan kadar segera andai kata berkemampuan berbuat demikian. Lagi cepat bayar lagi bagus kan. Manalah tau jika orang yang memberi hutang itu amat memerlukan duit.
Kesimpulannya ialah Islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran hutang, dalam erti kata lain pembayaran hutang merupakan suatu syarat untuk kita mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Ingat lah sahabat, seseorang yang berhutang perlulah ada niat di hati untuk menunaikan hutang tersebut mengikut tempoh masanya krn Allah S.W.T akan memudahkan baginya untuk membayar hutangnya.Oleh itu, disarankan seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran jika mempunyai peluang untuk membayarnya walaupun bayar dalam kuantiti yang sedikit dahulu, janji bayar..
p/s: Bersamalah kita menolong mereka yg memerlukan, jgn berkira sgt ok... :)
Kesimpulannya ialah Islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran hutang, dalam erti kata lain pembayaran hutang merupakan suatu syarat untuk kita mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Ingat lah sahabat, seseorang yang berhutang perlulah ada niat di hati untuk menunaikan hutang tersebut mengikut tempoh masanya krn Allah S.W.T akan memudahkan baginya untuk membayar hutangnya.Oleh itu, disarankan seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran jika mempunyai peluang untuk membayarnya walaupun bayar dalam kuantiti yang sedikit dahulu, janji bayar..
p/s: Bersamalah kita menolong mereka yg memerlukan, jgn berkira sgt ok... :)
No comments:
Post a Comment