Sunday 9 December 2012

~~Kita Punya Sahabat~~


Assalamualaikum....!!!

Alhamdulillah, orang kata berkawan biar seribu berkasih biar satu.. so, masa yg ada ni carilah seramai mungkin kawan-kawan ye. Carilah sahabat yang boleh membawa kita dekat dgn Allah, bukannya semakin jauh dgn Allah...dan itulah sebenarnya sahabat dunia dan akhirat..bersahabatlah kerana Allah..bersahabatlah untuk mengeratkan silaturrahim sesama hambaNya. Alhamdulillah, sy dikelilingi dgn sahabat2 yg baik budi pekertinya...Kata-kata ini khas untuk mereka yg bergelar sahabat...

terima kasih sahabatku, sungguhku sangat menyayangi dirimu kerana Allah
terima kasih sabahatku, sungguh ku sgt menghargai jalinan persahabat yang terpateri ini
terima kasih sahabatku, sungguh aku sangat menyayangi saat-saat indah kita bersama
terima kasih sahabatku, sungguh aku menghargai setiap pengorbanan dirimu kepadaku
terima kasih sahabat ku, sungguh aku sangat merindukan kasih sayangmu terhadapku..
terima kasih sahabatku, keranamu aku kuat untuk meneruskan liku-liku kehidupan ini..
terima kasih sahabatku, keranamu aku mengenal erti ukhwah persahabatan
terima kasih sababatku, keranamu juga aku mengenal erti kasih sayang seorang sahabat
terima kasih sahabatku, kau menerima setiap kelemahan yang ku miliki
terima kasih sahabatku, ketika musibah menimpaku kau sentiasa ada disampingku
terima kasih sahabatku, ketika kegembiraan datang kepadaku, kau juga turut ada untuk dikongsi bersama..
terima kasih sahabatku, kau sering membimbing aku untuk sentiasa dekat kepada Allah
kau membawa aku untuk sama-sama berjuang di jalan Allah..
terima kasih sahabatku, selamanya kau sudi menjadi sahabatku dunia dan akhirat…
kau sudi mengambil berat tentangku dan juga menjagaku sepanjang persahabatan..
sahabat, walaupun waktu telah berganti, ia tak akan merubah persahabatan kita..
Ya Allah…
Terima kasih kerana telah mengurniakan aku sahabat-sahabat seperti mereka
Sesungguhnya, aku akan sentiasa mengingati setiap memori kita bersama suka dan duka..

Harapanku sahabat, kalian akan sentiasa mengingatiku dan menghargai nilai persahabat ini..
Doaku sahabat semoga kalian senantisa berada dalam keadaan sihat walafiat, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, sentiasa berada di dalam limpah rahmatNya…dan yang paling penting semoga ukhwah persahabatan kita akan berkekalan selamanya serta mendapat keredhaanNya…InsyaAllah..

mereka adalah sebahagian sahabat yg dikurnia oleh Allah.. Sahabat UKM

p/s: Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada di sisimu ketika kamu memerlukan  sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.