Saturday 7 January 2012

Sebarkan Senyuman..

Assalamualaikum…  

Topik pada kali ini ringan saja sebab ia masuk dalam kategori umum dan relaks. Ia adalah berkaitan senyuman. Jadi, sebelum kita meneruskan bacaan ini apa kata kita senyum dulu… SENYUM PADA SEMUA..

senyum..hehe..
Semua orang tahu kan apa itu senyuman. Senyum itu sangat mudah di lakukan dan tidak memerlukan tenaga. Dan yang paling penting senyum itu adalah sedekah. Ketahuilah dengan senyuman manusia akan mudah dekat dengan kita. Perhatikan, orang yg murah senyuman ni mesti ramai kawan dan manis wajahnya, awet muda lagi.. Sememangnya senyuman mampu menjalinkan ukhwah antara dua insan dan juga membina rangkaian persahabatan.

senyum seindah suria.....lalala...

Tetapi, apa yang peliknya terdapat segelintir manusia yang sukar untuk melemparkan senyuman. Perkara ini biasanya sinonim berlaku di mana-mana kaunter yg memerlukan untuk berurusan dengan orang ramai. Entah kenapa pekerja-pekerja di kaunter (bukan semua) susah sangat nak senyum kat pelanggan. Kita bersangka baik lah, mungkin mereka mempunyai masalah atau kegusaran seberat lori 10 tan atau memang dia tidak boleh senyum kepada manusia atau pun dia hanya boleh senyum jika berlainan jantina. 

Satu isu lagi yang mungkin kita akan terfikir apabila kita khususnya umat Islam berjumpa ataupun berselisih contohnya ketika berjalan susah nak bagi senyuman. Kalau senyuman pun susah nak lontar, apalagi kalau nak bagi salam. Kalau beginilah, bagaimana kita nak menarik orang lain ataupun mungkin orang bukan Islam untuk kenal Islam serta untuk mengerat hubungan silaturrahim kalau perkara mudah begitu pun sukar untuk di laksanakan . Memanglah kita tidak kenal antara satu sama lain tetapi bangsa kita kan terkenal dengan kekayaan budi bahasa dan akhlak yang mulia, jadi apa salahnya kita saling memberi dan berbalas senyuman. Tak ada salahnya dan tak ada ruginya kan… 
alahai..comelnya dia senyum..

Sedangkan nabi kita Nabi Muhammad SAW sendiri pun memang suka memberi senyuman untuk sahabat-sahabatnya malahan untuk sesiapa sahaja. Oleh sebab itulah, ramai yang tertarik dengan risalah Islam disebabkan sikap senyum Rasulullah SAW.  

Barangkali budaya senyum di Malaysia kini kian terhakis. Dulu, senyum kepada sesiapa pun jua bukanlah suatu perkara yang dianggap pelik. Ia perkara biasa malah menjadi lumrah saat itu. Bahkan jika kita seorang yang murah senyuman akan lebih tinggi dipandang orang. 
saya nak senyum je hari ni, boleh tak??
Akan tetapi tidak dinafikan, ramai juga orang di luar sana suka memberi senyuman. Sekali lagi saya amat yakin bahawa seseorang yang murah senyuman mempunyai ramai sahabat dan kenalan selain terdapat ramai orang menyayanginya. Sesungguhnya keindahan senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati mereka yang sedang marah atau mampu memulakan sesebuah ikatan.  Senyum lah seikhlasnya kerana kalau senyum tu kan nampak cantik. Rupa cantik tapi takde senyuman pun tak guna jugak… Malah nampak sombong pula… jadi, renung-renungkan bersama.. 


P/S: Senyum itu sedekah. Sedekah kan dapat pahala. Maka senyum pun dapat pahala. Betul tak?

Thursday 5 January 2012

Ragam Manusia Berfacebook..

Memang tidak dinafikan pada masa sekarang “facebook” sangat popular dalam kalangan masyarakat serata dunia. Orang kata, siapa yang tak ada facebook, orang tersebut tidak moden dan ketinggalan zaman. Betuk ke..?
 
haruslah..hehe..
Umat Islam juga tidak ketinggalan dalam arus moden ini, kebanyakannya sudah memiliki akaun facebook tak kira lelaki atau perempuan, muda atau tua, kaya atau miskin. Namun sungguh menyedihkan apabila ramai umat Islam sekarang tidak menggunakan laman sosial tersebut dengan sebaik-baiknya. Lelaki dengan kata-katanya yang kesat dan perempuan pula dengan gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat terpapar didada-dada facebook tidak kira masa. Tidak malukah mereka dengan Allah..? Ada jg segenlintir manusia dekat luar tak pernah pun bertegur sapa, pandang pun tidak sama sekali tetapi di dalam facebook macam dah kenal 10 tahun dah.. mana tidaknya, komen sana komen sini, like sana like sini, chating sana chating sini… tidak rasa berdosa atau bersalah ker dengan diri sendiri, dengan Allah?..dan tidak rasa ker diri sendiri tu seorang yang hipokrit..


Ramai juga yg cakap, facebook adalah  tempat untuk menonjolkan diri, selain m'jadi tempat utk "mempopularkan" diri. Semua perkara hendak diberitahu. Benda yg blh mengaibkan diri sendiri pun nak juga dipostkan dalam facebook.. Ada sesetengah orang pula di alam realiti dia seorang yang menjaga ikhtilat, tidak pernah bertegur sapa dengan berlainan jantina tanpa ada urusan tertentu. Namun di alam maya, sikap tersebut telah hilang dengan begitu sahaja. Begitu senang bergurau senda, chatting secara terlampau tanpa ada urusan telah menjadi trend masa kini bahkan telah menular kepada pelajar-pelajar agama yg sememangnya sudah tahu perkara itu salah. Ya Allah..semoga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka..Sesungguhnya banyak fitnah berleluasa akan berlaku..

Oleh hal yang demikian, Islam mensyariatkan agar umat islam menggunakan teknologi yang ada dengan bermanfaat serta dapat mengembangkan agama Islam. Walaupun hanya di alam maya, namun ikhtilat lelaki dan perempuan haruslah dijaga. Ini juga dikira satu dosa yang akan membawa fitnah dan akan merosakkan umat Islam. Bukannya tidak boleh berchatting atau bergurau senda di alam maya seperti facebook dengan berlainan jantina tetapi mestilah mempunyai tujuan atau urusan tertentu. Menurut Puan Fatimah Syarha, apa yang dikatakan dengan urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.
 


Dengan itu katakanlah tidak kepada pergaulan bebas di alam maya. Walaupun kesannya tidak dapat dilihat, tetapi ia memberi kesan yang amat mendalam kepada hati. Setiap apa yang kita lakukan akan memberi kesan kepada kita apabila kita mati..kadang-kadang perkara ni kita tak pernah terfikir kan. Macam tu lah juga dengan penulisan kita, akan menjadi saksi bila kita mati nanti. Kalau kita buruk-burukkan orang lain di facebook, di blog, di twitter dan lain-lain..kita tak sempat padam dan tak mintak maaf kepada orang yang kita sakiti, bagaimana...?? Berdosa kita..sama la juga kalau kita memfitnah orang lain dan sebarkan di facebook, blog dan sebagainya.


Kalau hendak membincangkan perkara ini memang sgt panjang dan mengambil masa. Jadi, apa kata, sekarang bersama-samalah kita senantiasa muhasabah diri, pelihara diri dan maruah, pelihara pergaulan, pelihara hati, dan juga pelihara iman dan takwa kita agar kita selalu dekat dgn pencipta kita Allah SWT.. InsyaAllah…

p/s:katakanlah tidak kepada pergaulan bebas di alam maya!!!